fbpx

Lima penunggang motosikal buat aksi ‘superman’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima penunggang motosikal yang ditahan selepas dikesan menunggang secara berbahaya ketika berlumba di Jalan Kuching awal pagi tadi.- Foto IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Seramai lima penunggang motosikal ditahan polis selepas dikesan melakukan aksi ‘superman’ dan menunggang secara berbahaya ketika berlumba di Jalan Kuching, di sini dalam Ops Samseng Jalanan di ibu negara awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, mereka yang ditahan berusia 16 hingga 21 tahun dan telah dibawa ke Balai Trafik, Jalan Bandar untuk tindakan lanjut.

“Kesemua mereka yang ditahan ini akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Lima penuggang motosikal ini merupakan antara 15 individu yang ditahan menerusi Ops Samseng Jalanan serta Ops Motosikal dan Pelbagai yang dilakukan oleh JSPT Kuala Lumpur di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, 10 lagi individu yang ditahan berusia 27 hingga 69 tahun dan dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Menerusi operasi yang dijalankan pada 1 Oktober hingga awal pagi tadi, sebanyak 343 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dan 11 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubahsuai ekzos.

“JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi membanteras sepenuhnya isu samseng jalanan di ibu negara serta menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya,” tegas beliau.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI