fbpx

Pengakuan Chris Martin tentang BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS dan Chris Martin berkolaborasi menerusi lagu My Universe.

UMUM tahu kumpulan K-pop fenomena, BTS begitu mengidolakan Coldplay sebagai inspirasi dalam bidang muzik.

Sejak sekian lama, ahli kumpulan BTS kerap bercerita betapa kagumnya mereka terhadap Coldplay.

Terbaharu, impian BTS untuk berkolaborasi bersama kumpulan tersebut terlestari selepas terhasilnya sebuah single, My Universe yang baru sahaja dilancarkan.

Menerusi video dokumentari yang dimuat naik dalam YouTube, vokalis Coldplay iaitu Chris Martin mendedahkan perkara yang disukainya mengenai BTS.

Akui Martin, selepas mendengar lagu Butter di studio, dia turut menyukai beberapa lagu BTS yang lain.

“Lagu yang bagus. Saya suka banyak lagu BTS. Mereka mempunyai semangat kerja berpasukan yang sangat kuat. Itu perkara yang tidak semua orang miliki,” ujarnya.

Minggu lalu, kedua-dua kumpulan berpengaruh itu dipertemukan dalam sebuah konsert Global Citizen di New York, Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI