fbpx

Remaja 16 tahun jadi pengedar pil kuda, air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH jenis pil kuda yang dirampas dalam dalam serbuan di Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 70 biji pil kuda dan 5.75 liter air ketum selepas menahan dua lelaki termasuk seorang remaja dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gual Sitok di sini hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, serbuan itu dijalankan pada pukul 1 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di rumah berkenaan.

Menurutnya, semasa serbuan, PGA telah menahan kedua-dua lelaki berusia 16 dan 28 tahun itu di bahagian dapur rumah.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 5.75 liter air ketum di atas lantai dapur dan 70 biji pil kuda yang telah disorok oleh mereka di dalam rumah tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM740. Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI