fbpx

Penjawat awam wajib lengkap divaksin sebelum 1 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memutuskan untuk mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini.

JPA dalam satu kenyataan berkata, ketika ini, kelompok penjawat di seluruh negara yang masih belum mendaftar untuk divaksin adalah seramai 16,902 orang.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Ia juga selari dengan usaha untuk mengembalikan perkhidmatan kerajaan pada tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November 2021,” kata kenyataan itu hari ini.

JPA memberitahu, dalam tempoh ini, pegawai yang belum divaksin hendaklah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin (PPV) yang telah disediakan oleh kerajaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI