fbpx

Majlis Tertinggi PN sokong MoU Tranformasi dan Kestabilan Politik – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju untuk menyokong Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan secara konsensus itu dicapai selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PN hari ini yang telah dihadiri oleh semua parti komponen.

Beliau berkata, PN akan memainkan peranan untuk menyampaikan pandangan dari semasa ke semasa mengenai pelaksanaan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

“Selain itu, mesyuarat juga membuat keputusan untuk saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional bagi menyampaikan pendirian yang telah diambil oleh PN berkenaan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, mesyuarat itu juga telah menetapkan majlis pelancaran rasmi PN peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan November depan dan PN Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah.

“Mesyuarat juga bersetuju melantik Saiful Adli Mohd. Arshad sebagai Setiausaha Eksekutif parti Perikatan Nasional berkuat kuasa 1 Oktober 2021,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin memaklumkan parti-parti komponen PN telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan pembahagian kerusi-kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri dengan segera.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI