fbpx

KK di KL, Putrajaya boleh’walk-in’, janji temu esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Inisiatif ‘walk-in’ untuk warga tempatan di Lembah Klang bermula esok akan diteruskan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur manakala 13 lagi menerusi kaedah janji temu yang turut akan dinikmati warga asing.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, klinik terbabit hanya melibatkan KK di Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja manakala senarai KK di Selangor akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Susulan pelaksanaan inisiatif ini, ‘walk-in’ yang sebelum ini dibenarkan di lima PPV akan dihentikan bermula 1 Oktober 2021, iaitu PPV Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi; PPV Multimedia University (MMU), Cyberjaya; PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak dan PPV Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B.

“Keputusan ini diambil berdasarkan jumlah kehadiran yang semakin menurun dan hasil perbincangan CITF bersama Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut, buat masa ini di Lembah Klang, terdapat sembilan PPV yang masih beroperasi dan 42 PPV bukan kesihatan telah ditutup sehingga hari ini.

“Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian KK yang tersenarai seperti di bawah,” katanya.

 

1. Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (011-12311904)

2. Klinik Kesihatan Setapak, (Jumaat Sahaja) (03-41425429)

3. Klinik Kesihatan Kampung Pandan (017-5558108)

4. Klinik Kesihatan Datuk Keramat (014-3227543)

5. Klinik Kesihatan Jinjang (03-62583355)

6. Klinik Kesihatan Sentul (03-62500594)

7. Klinik Kesihatan Batu Muda ( 03-6245322)

8. Klinik Kesihatan Tanglin (03-26983311/03-26983580/03-26983490)

9. Klinik Kesihatan Muhibbah (03-7772 6040)

10. Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak (03-91713333)

11. Klinik Kesihatan Cheras (03-91333322)

12. Klinik Kesihatan Sungai Besi (03-90549911)

13. Klinik Kesihatan Cheras Baru (03-91333322)

14. Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 (013-8880938)

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI