fbpx

Muiz Hot Chicken kini miliki 85 kios

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD MUIZZUDDIN menunjukkan ayam goreng yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

SHAH ALAM – Bermula hanya bergambar dengan kereta orang lain pada 2018, kini selepas dua tahun, usahawan muda yang bergelar jutawan ini mampu memiliki kereta impiannya.

Pengasas Muiz Hot Chicken, Muhamad Muizzuddin Remle, 28, berkata, impiannya itu berjaya dicapai selepas menyertai bimbingan bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Perkara betul yang memberi kesedaran kepada saya adalah dengan menulis atau mengambil gambar untuk setiap impian.

“Insya-Allah, tindakan itu bagaikan magnet untuk membolehkan saya mencapai sedikit demi sedikit impian kita,” katanya ketika sesi Titan Summit 2021 yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Muhamad Muizzuddin adalah salah seorang daripada 300 usahawan bergelar jutawan yang berjaya dibangunkan dalam program mentoring RichWorks, Titanium dengan menjana jualan lebih RM1 juta setahun. Muiz Hot Chicken telah berada di pasaran sejak tahun 2013.

Sebelum mendapat bimbingan daripada Azizan, beliau yang baru selesai menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mula bekerja dengan ibu saudaranya sebagai pembancuh air dan mengoreng ayam.

“Dari situ saya mula belajar memasak ayam goreng yang sedap dan saya juga nekad untuk memulakan bisnes pertama sendiri dengan modal RM800.

“Pada peringkat awal saya hanya menggunakan periuk nasi untuk menggoreng ayam. Minggu pertama menjual, saya menerima banyak aduan seperti ayam tidak masak sepenuhnya,” jelasnya.

SALAH satu model kios Muiz Hot Chicken yang ditawarkan kepada usahawan.

Kemudian, beliau terbuka hati belajar bagi membolehkan perniagaan yang diusahakannya terus berkembang.

“Langkah betul yang saya ambil adalah dengan menyertai circle yang betul. Kemudian, saya tutup kedai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Namun, saya berasa pelik kenapa ahli Titan yang lain berjaya menggandakan jualan dalam tempoh PKP. Setelah berada di dalam circle, ia mendorong untuk menjadi lebih agresif dalam dunia online,” jelasnya.

Tambah beliau, sehingga kini, syarikat memiliki 85 buah kios.

Mereka yang berminat untuk menyaksikan perubahan dan membina bisnes berjaya seperti Muhamad Muizzuddin, boleh layari laman web richworks.com atau hubungi terus di talian 019-2442244. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI