fbpx

Pemandu teksi, Orang Asli terima bantuan fidyah RM1.9juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (dua kanan) bersama wakil penerima sumbangan itu di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Pemandu teksi dan masyarakat Orang Asli (OA) yang terjejas akibat pandemik Covi-19 dibantu menerusi pengagihan wang fidyah berjumlah RM1.9 juta.

Pengagihan dilakukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) disalurkan kepada 3,550 ahli Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) dan 675 keluarga OA yang beragama Islam.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kesemua 4,225 penerima sumbangan fidyah itu masing-masing merangkumi pengagihan berjumlah RM1.7 juta kepada GTSM dan RM135,000 untuk OA.

“Bagi ahli GTSM, mereka menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 setiap keluarga manakala masyarakat OA pula menerima wang RM200 beserta pek makanan asasi bernilai RM100 seperti beras, tepung dan minyak masak,” katanya di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Aziz menyerahkan replika cek kepada wakil GTSM dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Selangor dan MAIS sudah meluluskan permohonan fidyah berjumlah RM7.5 juta setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI