fbpx

Kecewa Pantai Seberang Takir dicemari pesta arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazrul (kiri) dan rakan-rakannya menunjukkan sebahagian botol minuman keras yang ditemui di Pantai Seberang Takir, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kebersihan Pantai Seberang Takir atau dikenali sebagai Pantai Miami di sini dicemari dengan aktiviti dipercayai pesta arak berikutan penemuan 14 botol minuman keras hari ini.

Seorang penduduk, Mohd. Nazrul Mamat, 33, mendakwa botol arak berkenaan ditemui oleh beberapa orang pemancing pada pada 7 pagi.

Dia yang terkejut dengan penemuan tersebut menggesa, pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau aktiviti tidak sihat di lokasi tumpuan pelancong terbabit.

“Kita syak aktiviti ini dibuat lebih secara berkumpulan pada waktu malam. Kurangnya pemantauan mungkin menyebabkan mereka berani minum arak di tempat awam.

“Jika tidak dibendung, kita bimbang pelbagai masalah boleh tercetus seperti memandu dalam keadaan mabuk, pergaduhan serta masalah sosial lain,” katanya ketika ditemui di Pantai Seberang Takir di sini hari ini.

Sebuah video berdurasi 51 saat turut tular di media sosial semalam memaparkan penemuan sekotak botol arak di pantai berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Khairul Niezam Zakari, 21, berkata, kejadian itu yang kali pertama berlaku telah mencemarkan nama baik pantai tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI