fbpx

Kanak-kanak perempuan hanyut dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun hanyut selepas terjatuh dalam longkang petang tadi.

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun hanyut selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini, petang tadi.

Mangsa dikenali Siti Aisyah Supardi dan mempunyai status penduduk tetap berasal dari Indonesia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 6.18 petang dan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

Katanya, seramai 10 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Turut ditugaskan ke lokasi kejadian adalah empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Berdasarkan maklumat daripada pihak polis, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu dikhuatiri hanyut dibawa arus deras di dalam longkang terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, pencarian sedang giat dijalankan di lokasi berkenaan. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI