fbpx

Wanita Indonesia jadi buruh paksa diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi menyelamat seorang wanita warga Indonesia yang menjadi buruh paksa di Ayer Tawar, Perak pada Khamis lalu.

LUMUT – Seorang pekerja wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa buruh paksa di Ayer Tawar dekat sini diselamatkan dalam operasi bersepadu kelmarin.

Dalam operasi kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa didapati tinggal dan bekerja di satu kawasan terpencil dekat situ yang jauh dari kediaman lain.

Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya, berkata, operasi dilakukan selepas mendapat aduan dan maklumat daripada pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur pada 20 September lalu.

Menurut kenyataan itu, risikan telah dijalankan sebelum operasi menyelamat dilakukan pada Khamis lalu diketuai oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) ibu pejabat dan JTK Perak.

Operasi turut dibantu Pasukan Petugas Khas Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

“Mangsa mengesahkan masuk ke Malaysia secara sah dengan permit kerja sebagai pembantu rumah pada Jun 2003 melalui seorang ejen yang dikenalinya.

“Selepas mendapat pekerjaan, gaji mangsa RM350 sebulan telah dipotong selama empat bulan sebagai kos bayaran kepada ejen tersebut,” ujar kenyataan itu.

Mangsa bagaimana pun tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung perkara ini kerana menyerahkan semuanya kepada ejen selain mengaku tiada kontrak bertulis dengan majikan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI