fbpx

Ozlynn ‘tutup kilang’, cukuplah enam anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OZLYNN dan Johan menamakan anak bongsu mereka Nur Latifah Cherdiq Hanania.

PETALING JAYA – Pelakon Ozlynn Wati berkata, suaminya pelawak dan penyampai radio Johan memberi kata putus untuk membenarkan dirinya ‘tutup kilang’ selepas melahirkan anak keenam baru-baru ini.

Ozlynn dan Johan juga sangat bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmat menimang cahaya mata sekali lagi selain berjaga tengah malam menguruskan bayi mereka.

“Syukur kepada Allah, kami diberikan peluang merasa nikmat sekali lagi, bermata panda pada malam hari. Berebut siapa nak gendong bayi. Tiga putera dan tiga puteri. Akhirnya suami kata, okey cukup setakat ini,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu berkongsi gambar tangan bayi mereka selain turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak keenamnya itu selepas genap 21 hari dilahirkan.

“Alhamdulillah genap 21 hari. Lahirnya Nur Latifah Cherdiq Hanania pada hari Jumaat yang indah, 3 September. Nama yang telah disimpan tujuh tahun lalu. Akhirnya dapat juga kepada pemilik sebenar,” katanya.

Pada masa sama, Ozlynn sempat menitipkan pesan kepada mana-mana suami isteri terutama golongan wanita yang masih belum dikurniakan peluang menimang cahaya mata agar tidak berputus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

“Kadang tanpa sedar, ada nikmat lain yang Allah bagi. Tapi tetap kami mendoakan untuk kalian supaya Allah beri peluang merasa nikmat hamil, melahirkan dan membesarkan anak sendiri.

“Semoga ada rezeki kalian. Ketahuilah tiada yang senang dalam dunia ini. Membesarkan anak juga ada ujiannya. Semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat dan ujian Allah. Ujian kami, kehilangan bonda tercinta,” luahnya.

Ozlynn yang selamat melahirkan anak keenamnya itu pada 3 September lalu mengejutkan ramai pihak kerana dia mahupun Johan tidak pernah mendedahkan perihal kehamilannya kepada umum.

Sebelum itu, dia terlebih dahulu berdepan berita duka apabila kehilangan ibu tercinta, Rozidah Jumari yang meninggal dunia pada Julai lalu.

Sekadar info, Ozlyn mendirikan rumah tangga bersama Johan atau nama sebenarnya Yazid Lim Mohamad Aziz pada 25 Julai 2009 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Lembah Jaya, Ampang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI