fbpx

Mintah semangat untuk kemudi jentera serangan TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINTAH tidak mahu melepaskan peluang keemasan membantu skuad Penyu pada saingan Piala Malaysia meskipun belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENJARING terbanyak Liga Premier, Jordan Mintah rela melupakan rasa sakit akibat kecederaan siku demi berada dalam skuad Terengganu FC (TFC) pada sai­ngan Piala Malaysia yang ber­mula Ahad ini.

Penyerang kelahiran Ghana itu mengakui tidak mahu melepaskan peluang keemasan mem­bantu skuad kendalian Mohd. Nafuzi Zain walaupun belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus.

Mintah berkata, anugerah Ka­sut Emas yang dikongsi bersama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Fernando Rodriguez telah menaikkan lagi semangatnya untuk mempamerkan lebih banyak sentuhan jaringan lagi.

“Sekiranya diberi peluang mengetuai jentera serangan TFC, sudah tentu saya mahu mengambil bahagian dalam Piala Malaysia dan bersedia untuk diturun­kan pada bila-bila masa.

“Kesakitan pada siku masih dirasai dengan jangkaan empat hingga enam minggu untuk pulih, namun saya rasa lebih baik selepas seminggu dan sanggup berkorban untuk pasukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

NAFUZI

Mintah muncul penjaring terbanyak Liga Premier walaupun membuat 12 penampilan musim ini dengan meledak 16 gol untuk TFC II selain turut menjaringkan empat gol pada Liga Super.

Pengendali skuad Penyu, Mohd. Nafuzi Zain pula mendedahkan, selain Mintah, tiga lagi pemain import TFC II iaitu Masaki Watanabe, Argzim Redzovic dan Dechi Marcel turut membantu persiapan TFC menghadapi Piala Malaysia.

Beliau ada pilihan sehingga sembilan tonggak import termasuk lima daripada TFC untuk berada dalam kesebelasan utama­ dengan masing-masing mem­punyai kualiti tersendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI