fbpx

5,000 guru sertai YGMB sejak pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkernai (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan khairat kematian YGMB kepada Asiah di Hotel Perdana, Kota Bharu hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menerima pertambahan ahli seramai hampir 5,000 ahli yang terdiri daripada guru-guru sejak penularan jangkitan Covid-19 di negara ini lebih setahun lalu.

Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pertambahan ahli itu menjadikan jumlah keseluruhan guru yang menyertai yayasan itu kini mencecah lebih 100,000 orang.

Menurutnya, penyertaan itu juga disebabkan oleh kesedaran guru-guru mengenai manfaat yang diterima oleh mereka selepas kes jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat.

“Menerusi salah satu skim YGMB, kita akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM300 kepada guru-guru sekiranya mereka dijangkiti Covid-19.

“Setakat ini, YGMB telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk bantuan secara ‘one-off’ itu sekali gus dapat membantu meringankan beban ahli yang terkesan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Manfaat Khairat Kematian YGMB di Hotel Perdana di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Amran Ghani dan Ahmad Yani Muhammad.

Dalam majlis itu, YGMB menyalurkan bantuan sebanyak RM8,000 kepada Asiah Jusoh, 49, selepas suaminya, Khairudin Salleh,50, meninggal dunia akibat radang hati April lalu.

Khairudin yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan, Pengkalan Kubor 1, Tumpat sudah berdaftar sebagai ahli YGMB sejak sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Zulkernai berkata, beliau berharap guru-guru di Kelantan dapat menyertai YGMB kerana setiap yang berdaftar akan menerima banyak manfaat.

“Sebagai contoh, khairat kematian yang diterima Asiah ini secara tidak langsung menunjukkan keperihatinan YGMB dalam memastikan golongan pendidik terus dibantu.

“Dengan keadaan pandemik Covid-19 ketika ini, kita tidak tahu perkara yang akan terjadi pada masa hadapan. Dengan menyertai YGMB ini, ia merupakan salah satu usaha golongan guru sekiranya berdepan musibah kelak,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI