fbpx

Tolak vaksin punca jangkitan Covid-19 di Kampung Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal (dua kiri) meninjau dari jauh Kampung Orang Asli Gangai, Slim River yang dikenakan PKPD bermula semalam, di sini hari ini. FOTO : MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

TANJUNG MALIM – Keengganan menerima vaksin menyebabkan berlakunya penularan Covid-19 di Perkampungan Orang Asli Gangai, Slim River hingga menyebabkan dua kematian setakat ini.

Keadaan itu juga disebabkan terdapat segelintir individu yang menghasut orang asli di kampung berkenaan supaya menolak pemberian vaksin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, pihaknya menerima laporan tentang hasutan tersebut daripada penduduk setempat.

Menurut beliau, selain penduduk tok batik di kampung berkenaan juga melarikan diri ke dalam hutan untuk mengelak daripada divaksin oleh petugas kesihatan.

“Pada peringkat awalnya tok batin memang tidak divaksin dan dia lari daripada disuntik. Selain itu ada masalah penduduk yang menghasut Orang Asli supaya jangan divaksin dan sebagainya.

“Hanya 12 orang saja di kampung ini menerima vaksin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan,” katanya selepas hadir meninjau suasana PKPD di Kampung Orang Asli Gangai hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI