fbpx

Kapal sekerap hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba melakukan operasi pemadaman kebakaran kapal berkenaan di lokasi, hari ini. /FOTO IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal sekerap yang ditempatkan di Jalan Sekolah, Kampung Kongkong Laut, Pasir Gudang ditemui terbakar pagi hari ini.

Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Ibrahim Omar, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pukul 9.51 pagi.

Katanya, susulan maklumat diterima, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian bagi kerja memadamkan kebakaran.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati sebuah kapal sekerap berukuran 73×150 kaki terbakar. Kebakaran itu berlaku di bahagian enjin kapal berkenaan.

“Tindakan operasi dengan menggunakan dua aliran air. Operasi pemadaman masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI