fbpx

UMNO cadang kerajaan lanjutkan moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar kerajaan melanjutkan tempoh moratorium sekurang-kurangnya tiga bulan lagi dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober depan.

Ahmad Zahid melalui hantaran di Facebooknya berkata, langkah itu dapat membantu orang ramai yang kehilangan pekerjaan akibat Covid-19 dan masih belum berjaya mendapatkan pekerjaan baharu.

“Saya terima banyak cadangan supaya tempoh moratorium sedia ada dilanjutkan. Antara alasan ramai yang hilang pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 masih belum memperoleh pekerjaan baharu.

“Alasan itu realistik bersandarkan perangkaan Statistik Tenaga Buruh pengangguran di Malaysia kembali meningkat kepada kadar 4.8 peratus Jun lalu,” katanya di sini.

Beliau berkata, walaupun sektor ekonomi telah dibuka semula, ramai menjangkakan ia tidak pulih secara drastik dalam tempoh terdekat.

“Mungkin sebelum tempoh moratorium sedia ada berakhir satu pengumuman lanjutan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan lagi diumumkan.

“Pengumuman awal adalah penting untuk membolehkan rakyat membuat unjuran perancangan kewangan mereka dari sekarang,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI