fbpx

Kempen #IKHLASKongsi bantu golongan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eddy Azly Abidin (tengah) bersama wakil Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam sempena simbolik penyerahan sumbangan #IKHLASKongsi bernilai RM10,000 daripada Takaful IKHLAS.

PETALING JAYA – Takaful IKHLAS (Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad), anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), hari ini melancarkan kempen keprihatinan masyarakat terbaharu iaitu #IKHLASKongsi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, bersempena dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, kempen #IKHLASKongsi diilhamkan atas rasa prihatin untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan masyarakat yang terkesan dari segi ekonomi dan sosial akibat penularan Covid-19.

Bagi menjayakan kempen #IKHLASKongsi, Takaful IKHLAS akan memanfaatkan dana patuh syariah yang ditubuhkan oleh Takaful IKHLAS iaitu IKHLAS Barakah House, yang bertujuan menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek kesihatan, pendidikan, komuniti, ekonomi dan juga alam sekitar.

“Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dirancang di bawah kempen #IKHLASKongsi ini termasuk kerjasama Takaful IKHLAS dengan enam buah masjid dan surau di sekitar Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur bagi mengagihkan sumbangan wang tunai dan bekalan asas makanan berjumlah RM50,000 kepada 200 keluarga  kurang bernasib baik dan terkesan akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara masjid dan surau yang terlibat adalah Masjid Tunku Puan Chik, Kampung Serting Ilir (Negeri Sembilan), Masjid An Niamah Mukim Derang, Pokok Sena (Kedah), Masjid Kampung Sembulan Lama (Sabah), Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam (Kuala Lumpur), Surau Darul Muhasibin dan Surau Darul Ibadat Kampung Astana Lot, Petrajaya Kuching (Sarawak),

Eddy Azly berkata, selain daripada membantu meringankan beban para penerima, pihaknya berharap agar sumbangan yang diberikan melalui kempen #IKHLASKongsi itu dapat memberikan keceriaan, memupuk nilai prihatin serta kasih sayang dalam kalangan komuniti sekitar masjid dan surau yang terpilih.

“Takaful IKHLAS juga telah memilih Hospital Ampang sebagai penerima dana IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) untuk tahun 2021 di mana hasil daripada dana inisiatif kemasyarakatan IWE, sebanyak RM1,000 diperuntukan di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf dan dipilih oleh pihak syarikat.

“Untuk inisiatif ini, Takaful IKHLAS telah memperuntukan hampir RM26,000 daripada dana IWE untuk mewakafkan sebuah mesin elektrokardiogram (Mesin ECG 12 Saluran), 40 tilam dan 110 bantal untuk kegunaan pesakit-pesakit di Hospital Ampang yang bertempat di Pandan Mewah, Kuala Lumpur,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat untuk menyumbang kepada kempen #IKHLASKongsi boleh turut serta dengan penyertaan melalui manfaat tambahan pelan takaful keluarga iaitu IKHLAS Rider dan juga melalui pelan perlindungan takaful am yang menyediakan manfaat IWE secara percuma kepada peserta. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI