fbpx

Remaja boleh walk-in untuk vaksin bermula Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pemberian suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun akan dilaksanakan di 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi di seluruh negara secara kaedah jumpa terus (walk-in) berjadual bermula Khamis ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, agihan vaksin akan dilaksanakan secara kaedah walk-in berjadual iaitu mengikut lokasi sekolah yang berhampiran dengan PPV yang dikenal pasti.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, pemberian vaksin akan dilaksanakan mengikut giliran serta tarikh dan masa yang ditetapkan.

“Manakala, jadual pemberian vaksin pula akan dikeluarkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada remaja dan ibu bapa.

“Bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV Sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada di PPV sekolah yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in ke PPV Awam atau Integrasi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, bagi remaja yang tidak bersekolah pula, mereka dibenarkan untuk walk-in di mana-mana 156 PPV yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.

Noor Azmi berkata, sekiranya kuota vaksin di PPV tersebut telah habis untuk hari berkenaan, mereka akan diberi janji temu di PPV yang sama keesokan hari atau di klinik kesihatan swasta yang berdekatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI