fbpx

Kes belum turun empat digit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih seminggu lagi menuju akhir September, namun kes positif Covid-19 masih belum turun di bawah empat digit biarpun terdapat perubahan dari segi pelaporan angka setiap hari.

Sepanjang bulan ini sehingga semalam, angka tertinggi direkodkan ialah pada 10 September lalu dengan 21,176 kes, manakala kes terendah pada kelmarin iaitu 14,345 kes.

Bahkan, kes jangkitan baharu Covid-19 semalam turut dilaporkan di seluruh negera iaitu 15,759 kes termasuk 27 kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,127,934 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi sebanyak 3,732 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 1,959 kes dan Selangor sebanyak 1,934 kes.

“Seterusnya, Pulau Pinang (1,417 kes), Kelantan (1,338 kes), Sabah (1,291 kes), Perak (1,184 kes), Kedah (786 kes), Pahang (707 kes), Terengganu (592 kes), Kuala Lumpur (359 kes), Melaka (264 kes) dan Negeri Sembilan (127 kes).

“Putrajaya (34 kes), Perlis (23 kes) dan Labuan (12 kes). Daripada kes harian yang dilaporkan, 288 kes (1.8 peratus) kategori tiga, empat dan Lima, manakala 15,471 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, terdapat 1,117 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 635 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 16,650 kes sembuh dengan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 1,897,386 kes,” katanya.

Sementara itu, ujarnya, 23 kluster baharu dikenal pasti, masing-masing sembilan kluster tempat kerja dan kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster pendidikan lain dan kluster institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI