fbpx

3 cek berjumlah RM2 juta untuk sumbangan amal – peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tiga keping cek berjumlah RM2 juta yang diterima Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi Tetuan Lewis & Co. adalah untuk tujuan sumbangan amal.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, yang mewakili Ahmad Zahid berkata dua keping cek adalah sumbangan amal jariah manakala sekeping lagi untuk sumbangan politik.

Dalam hujahannya, peguam itu berkata dalam keterangan saksi ke-38 iaitu Pengarah Profound Radiance Sdn. Bhd., Azlan Shah Jaffril mengatakan beliau tidak pernah memaklumkan bayaran tiga cek adalah sebagai ganjaran bagi melantik syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) Pakistan dan Nepal.

“Berdasarkan keterangan Azlan Shah, terdapat dua cek mengandungi butiran charity (kebajikan) manakala sekeping pula ‘political donation for TPM’ (derma politik untuk Timbalan Perdana Menteri). Saksi itu juga memaklumkan tiada mengarahnya untuk menulis perkara dalam cek berkenaan,” kata Hisyam.

Justeru itu, pihak pembelaan berkata, tiga pertuduhan iaitu melibatkan pertuduhan ke-16, 17 dan 18 tidak kukuh dipertuduhkan terhadap anak guamnya.

Sebelum ini, berdasarkan tiga pertuduhan itu, Ahmad Zahid dituduh menerima tiga cek berjumlah RM300,000, RM1 juta dan RM700,000 pada 3 Ogos 2017 daripada Azlan Shah selaku Pengarah Profound Radiance Sdn. Bhd.

Ia sebagai suapan bagi melantik syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan OSC Pakistan dan Nepal.

Ahmad Zahid, 68, kini dibicarakan atas pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung lagi esok. – K! ONLINE

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI