fbpx

Pusat Pemeriksaan Kesihatan Covid-19 peribadi di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tengah) dan Khairy Jamaluddin (dua dari kanan) di KLIA, dekat sini hari ini.

SEPANG – Penumpang Antarabangsa yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) boleh menjalani kemudahan pemeriksaan Covid-19 peribadi yang menjanjikan prosedur ujian yang mudah, cekap serta selamat.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Dr. Zambry Abd Kadir berkata, kemudahan baharu itu bertujuan untuk memastikan bahawa standard perkhidmatan tertinggi dikekalkan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) perjalanan baharu.

“Mengaktifkan kemudahan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami buat orang ramai serta merupakan langkah keselamatan bagi membendung penyebaran virus Covid-19.

“Kami berharap dapat mengembalikan semula keyakinan penumpang yang terbang melalui lapangan terbang ini dengan meningkatkan tahap keselesaan dan kemudahan sepanjang perjalanan mereka,” katanya ketika mengadakan lawatan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ke Pusat Pemeriksaan Kesihatan Covid-19 di KLIA di sini, hari ini.

Zambry berkata, MAHB bersama-sama BP Laboratorium Klinikal iaitu penyedia penjagaan kesihatan perubatan kelas bagi mengoperasikan Pusat Pemeriksaan Kesihatan Covid-19 tersebut yang telah pun mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Menurut beliau, pusat tersebut dapat menampung sekitar 45,000 penumpang setiap hari di kedua-dua terminal dan mereka mempunyai pilihan untuk memilih menggunakan perkhidmatan ini.

“Kos bayaran bagi setiap penumpang bagi perkhidmatan ini adalah antara RM90 hingga RM370 untuk rakyat Malaysia dan RM120 hingga RM470 untuk orang asing,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI