fbpx

Kes saman Mujahid, Harakah berhubung isu Sajat selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat.

KUALA LUMPUR  – Kes saman fitnah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof terhadap Harakah membabitkan isu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, yang didakwa memakai telekung dan berpakaian seperti wanita sewaktu menunaikan umrah akhirnya selesai di Mahkamah Sesyen Sivil di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Noorazmir Zakaria, yang mewakili Mujahid ketika dihubungi media selepas prosiding secara online di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

“Hari ini mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua belah pihak untuk kes diselesaikan.

“Antara penyelesaian kes itu ialah penulis harakah (defendan pertama) akan membuat penulisan permohonan maaf secara terbuka kepada (Datuk Seri) Mujahid di akhbar harakah dan menarik balik artikel tulisan beliau bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K’jaan PH patut dipersalahkan dan Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH’,” katanya.

Bagaimanapun, Noorazmir berkata terma-terma penyelesaian lain yang terkandung di dalam penghakiman tersebut tidak dapat didedahkan.

Sepatutnya hari ini adalah ditetapkan untuk perbicaraan kes itu tetapi kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan untuk menyelesai kes.

Sebelum ini, pada 30 Ogos lalu mahkamah sama telah menyarankan supaya kes saman itu diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi.

Noorazmir sebelum ini berkata peguam kedua-dua pihak akan berbincang dengan anak guam masing-masing mengenai perkara ini.

Pada 12 Ogos tahun lalu, Mujahid selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Aziz, Wan Nordin, Galeri Media dan pencetak akhbar itu, Percetakan Turbo (M) Sdn. Bhd. sebagai pertama hingga keempat.

Dalam penyataan tuntutan, Mujahid mendakwa pada 7 Februari lalu, Aziz, Wan Nordin dan Galeri Media telah menulis dan menerbitkan kenyataan memfitnah terhadap plaintif di laman sesawang harakahdaily menerusi artikel bertajuk ‘Sajat: Mujahid dan K’jaan PH patut dipersalahkan’ dan menerbitkan satu lagi kenyataan memfitnah terhadapnya di akhbar Harakah bertarikh 10 hingga 13 Februri lepas menerusi artikel ‘Keterlanjuran Sajat kesilapan Mujahid dan kerajaan PH’. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI