fbpx

Justin Bieber, Hailey dimalukan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUSTIN BIEBER dan Hailey Baldwin.

KEHADIRAN pasangan selebriti terkenal Justin Bieber dan isterinya, Hailey Baldwin ke acara anugerah Met Gala 2921 di The Metropolitan Museum of Art, New York, Amerika Syarikat baru-baru ini menarik perhatian peminatnya yang menunggu di sana.

Bagaimanapun, berlaku satu kejadian yang dianggap memalukan apabila ketika kedua-dua pasangan itu melintasi sekumpulan penyokong, kelompok yang ada di situ telah menjerit dengan memanggil nama bekas kekasih kepada Bieber iaitu Selena Gomez.

Difahamkan kumpulan penyokong itu merupakan peminat Gomez.

“Peminat tegar Selena Gomez berkumpul di luar bangunan dan telah merosakkan momen acara karpet merah Bieber dan isterinya, Baldwin,” ujar seorang pengguna akaun TikTok.

Kejadian yang tular dalam TikTok itu turut mendapat perhatian sepupu kepada Baldwin iaitu Ireland apabila meninggalkan komen dengan menuduh bahawa penyokong Gomez tidak sopan.

Ireland secara serius menjelaskan, Bieber dan Baldwin merupakan pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain dan paling bahagia yang pernah dikenalinya selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI