fbpx

Merdunya alunan azan Harris Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAUNGAN azan daripada Harris Alif dipuji netizen.

PERSIS alunan azan dalam televisyen! Itulah yang dinyatakan kebanyakan pengguna Instagram selepas mendengar alunan azan oleh Harris Alif.
Pujian tersebut diberikan ramai kepada Harris selepas dia berkongsi sebuah rakaman video sedang mengalunkan azan baru-baru ini.
“Maaf saya budak baru belajar,” tulis suami kepada Intan Ladyana itu ringkas.
Walaupun baru belajar, namun laungan azan Harris memang mirip seperti tukang azan profesional.
“Alhamdulillah, manfaatkan suara yang merdu ke jalan Allah SWT juga. Allahuakbar,” komen seorang netizen.
Paling menarik perhatian ialah ada netizen yang mencadangkan Harris agar merakam alunan azannya untuk bulan Ramadan.
“Boleh rekod buat azan berbuka puasa nanti,” kata individu berkenaan.
Sejuk hati melihat perubahan dan hijrah Harris. Semoga apa yang dilakukannya hari ini menjadi asbab untuk lebih ramai menjadi insan lebih baik.

DIVA: Harap minggu ini tiada lagi isu pembuangan sampah secara merata-rata di lokasi air terjun. Sakit mata melihatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI