fbpx

Lokasi percutian larang individu yang telah divaksin daripada menginap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blaeneinion merupakan sebuah kawasan percutian mesra alam yang digambarkan sebagai projek pemuliharaan yang indah dan terpencil. - Blaeneinion.org

LONDON – Sebuah lokasi percutian di Wales, Britain melarang tetamu yang sudah menerima vaksinasi Covid-19 daripada menginap di situ, lapor akhbar Metro UK semalam.

Lokasi tersebut, Blaeneinion, merupakan sebuah kawasan percutian mesra alam yang digambarkan sebagai ‘projek pemuliharaan yang indah dan terpencil yang terletak di tanah seluas 30 hektar di kawasan Lembah Artists’.

Bagaimanapun, pemiliknya, Sharon Girardi melarang mereka yang sudah divaksin daripada mengunjungi lokasi percutian itu.

Menurut Girardi, larangan itu dibuat kerana dia percaya bahawa vaksin adalah satu eksperimen.

“Dengan rasa berat hati, kami membuat keputusan tidak membenarkan mereka yang sudah menerima vaksin Covid-19 yang bersifat eksperimen itu daripada menginap di sini.

“Terdapat beberapa laporan tentang kesan kepada mereka yang tidak divaksin apabila bergaul dengan individu yang telah divaksin,” katanya pada laman web Blaeneinion.

Tambah Girardi, dia mempunyai tugas untuk menjaga ahli keluarga, pekerja dan sesiapa sahaja yang tinggal di kawasan itu.

“Sesiapa yang mengambil bahagian dalam percubaan klinikal ini secara langsung telah membatalkan polisi insurans hayat mereka sekiranya mereka datang ke sini.

“Kami enggan bertanggungjawab ke atas golongan ini sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka ketika berada di sini,” katanya.

Meskipun memberitahu mengenai polisi tersebut, Girardi berkata, lokasi percutian itu telah menerima tempahan penuh sehingga penghujung September. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI