fbpx

Penghantar makanan maut elak kendera saji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Yamaha y15 milik Mohd. Helmi yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 122, jalam Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditungganginya terlanggar belakang sebuah kendera saji di Kilometer 122, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kerteh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Helmi Faizal, 35, dari Ketengah Jaya di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Helmi yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Kerteh dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya selepas selesai menghantar pesanan pelanggan di lokasi berhampiran.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa gagal mengelak lalu merempuh belakang sebuah kendera saji yang tiba-tiba mengubah haluan memasuki laluan kiri.

“Kendera saji itu dikatakan memasuki laluan tersebut bagi mengelak sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang warga emas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat Mohd. Helmi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI