fbpx

Malaysia gusar kerjasama AUKUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Malaysia menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama tiga hala Australia – United Kingdom – Amerika Syarikat (AUKUS) yang dilihat bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kegusaran itu dikongsi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, semalam.

Menurutnya, Malaysia sedia maklum mengenai penubuhan AUKUS itu yang antara lain bagi membantu Australia memperolehi kapal
selam berkuasa nuklear.

“Morrison memaklumkan kepada Ismail dan memberikan penjelasan mengenai penubuhan kerjasasama itu.

“Malaysia melihat AUKUS akan memprovokasi kuasa-kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini terutama di Laut China Selatan.

“Sebagai sebuah negara dalam ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN),” katanya.

Katanya, Ismail turut menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian dan pendekatan sedia ada Malaysia terhadap kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan Malaysia.

Ia termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan UndangUndang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea – UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (Southeast Asia Nuclear Weapons Free Zone – SEANWFZ).

Pada masa sama, kedua-dua pemimpin turut mencapai kata sepakat dalam memperbaharui komitmen bersama bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, khususnya di rantau Indo-Pasifik.

Selain itu, Ismail turut menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang provokasi serta persaingan senjata di rantau ini, selain
menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian serta pendekatan sedia ada.

“Malaysia dan Australia juga bersetuju memperkukuhkan kerjasama dan konsultasi dalam pelbagai aspek, termasuk dalam bidang pertahanan di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (Comprehensive Strategic Partnership),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI