fbpx

Bliese sasar pendapatan RM30 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaimi ketika temubual di pejabatnya di Shah Alam.

SHAH ALAM – Bliese (M) Sdn. Bhd. (Bliese) kini dalam perancangan untuk membangunkan kilang pembuatan produk wangiannya sendiri menjelang tahun depan dalam usaha memenuhi permintaan pasaran yang semakin bertambah.

Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, inisiatif daya maju itu turut dilengkapi dengan strategi syarikat untuk menembusi pasaran global ke Amerika Syarikat dan juga Perancis.

Sehubungan itu, syarikat bakal mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk merealisasikan impian tersebut.

“Pelan mengeksport ke dua buah negara itu dijadualkan pada tahun ini tetapi kerana kekangan disebabkan pandemik Covid-19, ia terpaksa ditangguhkan sementara waktu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai pembangunan kilang baharu, Suhaimi menjelaskan, melalui projek tersebut, ia akan dapat menambah kapasiti pengeluaran sekali gus mengukuhkan jenama Bliese sebagai syarikat pengeluar produk wangian nombor satu di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Dengan adanya kilang sendiri, syarikat dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran pelbagai produk Bliese, yang mana sebelum ini ia dilakukan di Eropah,” ujar beliau.

Ditanya tentang impak pandemik Covid-19 kepada pengoperasian syarikat, beliau memberitahu, jualan syarikat terus bertambah melalui aktiviti pemasaran dan promosi secara online yang diadakan.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami telah me­lakukan pelbagai aktiviti bagi memperkasakan jenama ini me­lalui master stokis, stokis dan ejen syarikat yang giat mempromosikan produk Bliese.

“Ia sekali gus dapat meningkatkan jualan syarikat ke tahap yang dibanggakan.

“Saya optimis bahawa Bliese bakal meningkatkan pendapatannya mencecah RM30 juta tahun hadapan,” jelasnya.

Selain itu, Suhaimi menjelaskan, Bliese kini bersedia membuka cawangan di seluruh negara mulai tahun hadapan, sebagai salah satu langkah menjadi pe­neraju cabang perniagaan tersebut.

Melaluinya, beliau merancang untuk menambah sehingga 30,000 master stokis, stokis dan ejen syarikat pada tahun hadapan.

“Syarikat amat serius dengan perkara ini dan kami telah me­labur sehingga RM500,000 untuk membangunkan sistem perniagaan dan pentadbiran yang sistematik supaya urusan perniagaan dan pentadbiran syarikat dapat dijalankan dengan lebih baik,” tambah beliau.

Bersempena ulang tahun penubuhan Bliese yang ke-2, syarikat bakal melancarkan produk baharu iaitu Sweet Mariposa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI