fbpx

Mati lemas ketika mahu betulkan umpan tersangkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap pukul 1.15 petang di dasar sungai, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Keseronokan tiga sahabat keluar memancing bersama-sama sempena cuti Hari Malaysia bertukar tragedi selepas salah seorang mati lemas di dasar Sungai Nerus berhampiran Kampung Kesom, Manir, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Amir Rosli Mohd. Razali, 25, dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberang sungai berkenaan bagi membetulkan umpan yang tersangkut.

Salah seorang sahabat mangsa, Ahmad Syukri Abdul Aziz, 23, berkata, dia dan adiknya, Ahmad Azim, 18, cuba membantu dengan menghulurkan joran dan dahan bagi membolehkan mangsa berpaut, namun gagal.

“Arwah memang kaki pancing dan sudah lama kami merancang untuk memancing bersama-sama. Namun ini kali pertama dia bawa kami ke lokasi ini yang berhampiran dengan rumahnya.

“Sewaktu turun ke sungai, mangsa sempat berpesan agar kami tunggu di tebing kerana hanya dia yang pandai berenang namun dia tiba-tiba menjerit meminta tolong sebaik tiba di tengah sungai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Ahmad Syukri berkata, Mohd. Amir Rosli kemudiannya hilang dihanyutkan arus deras lalu mereka bergegas meminta bantuan penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, dua penyelam bomba telah menemui mayat mangsa dalam keadaan tertiarap pukul 1.15 petang di dasar sungai pada kedalaman 10 meter. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI