fbpx

Salur sisa toksik guna paip dari lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (dua dari kanan) meninjau lokasi Sungai Tawakal di Kampung Baru Sri Aman, Kempas, Johor Bahru, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan pemilik premis penyimpanan lori yang melakukan pembuangan bahan buangan terjadual terus dari lori ke tali air menjadi punca penduduk Kampung Baru Seri Aman, Kempas, di sini terjejas akibat pencemaran tersebut.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap tindakan pembuangan sisa terjadual dengan sengaja yang dilakukan dengan menggunakan saluran paip terus ke tali air di belakang premis.

Katanya, pihaknya telah menahan sembilan suspek membabitkan seorang pemilik premis dan empat warga asing berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun.

“Ingin ditegaskan bahawa kementerian pandang serius isu ini dan tidak akan berkompromi selain bertindak mengikut akta sedia ada agar perkara ini tidak berulang. Saya lihat di Johor Bahru banyak kes seperti ini,” katanya selepas meninjau keadaan kawasan tercemar akibat pembuangan sisa toksik di premis penyimpanan lori yang terletak berhampiran.

Tuan Ibrahim berkata, premis tersebut telah lama beroperasi dan belum pernah ada kes berkaitan pencemaran selain tersebut telah diarahkan tutup serta-merta.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak sembilan sampel daripada kawasan kejadian dan sungai yang berhampiran telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisa komposisi kimia.

Terdahulu, empat wanita dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas mengalami simptom sesak nafas dipercayai terhidu bau seperti pencemaran bahan kimia dalam kejadian di di Kampung Baru Sri Aman, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, keempat-empat wanita berusia antara 22 hingga 49 tahun mengalami sesak nafas dan muntah-muntah selepas mengadu terhidu seperti bau petrol ketika berada di rumah.

Kejadian itu turut menyebabkan 128 penduduk kampung daripada 37 keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru di sini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI