fbpx

Bola sepak, senamrobik dibenarkan di negeri Fasa 2 dan 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) di negeri-negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuatkuasa pada 17 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu bagaimanapun terhad kepada individu telah lengkap vaksin dan mengikut kapasiti penuh sukan tersebut dan dilakukan di premis yang mempunyai kawalan penyeliaan sepenuhnya.

“Aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik, zumba dan seumpamanya yang dilakukan secara berkumpulan di kawasan dan premis yang sama dengan mematuhi 50 peatus kapasiti atau tidak melebihi 50 orang (mana-mana yang lebih rendah) bagi individu yang lengkap divaksin, dengan seliaan jurulatih/instruktur juga dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI