fbpx

Padah parkir tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kenderaan berat yang dikenakan tindakan oleh JPJ Johor kerana diparkir di bahu jalan dalam Operasi Galangan yang dijalankan di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi, semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengambil tindakan terhadap 115 buah kenderaan berat yang didapati melakukan kesalahan diletakkan di bahu jalan atau taman awam di daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi.

JPJ Johor dalam satu kenyataan memberitahu, Operasi Galangan oleh Unit Aduan, Siasatan dan Risikan, Bahagian Penguatkuasa, JPJ Johor itu diadakan semalam bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam.

“Operasi ini bertujuan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan berat yang melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di mana-mana jalan atau kedudukan yang mungkin menyebabkan bahaya, galangan atau kesusahan tidak berpatutan kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya yang lain.

“Sebanyak 115 buah kenderaan telah diambil tindakan di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jika disabit bersalah, boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau tidak lebih RM5,000 atau dipenjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

JPJ Johor berkata, pemilik kenderaan perlu faham garis panduan ditetapkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dimana kenderaan tersebut perlu mempunyai tempat parkir yang telah disyaratkan dan tidak meletakkan kenderaan tersebut di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Ianya adalah antara permasalahan yang seringkali menjadi rungutan orang awam berhubung kenderaan berat seperti lori dan bas yang diletakkan dengan sesuka hati di bahu jalan dan di kawasan taman.

“Tindakan itu telah mencetuskan perbalahan serta menyebabkan gangguan jalan di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, JPJ Johor turut mengingatkan orang awam bahawa pihaknya sentiasa responsif berkaitan dengan isu keselamatan jalan raya dan akan melakukan operasi secara berterusan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI