fbpx
Shuib ketika membawa bayi bongsunya, Ayash ke rumah selepas dibenarkan pulang hari ini.

‘Dulu balik bertiga, hari ini pulang berdua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pilu dalam gembira.

Mungkin itu frasa yang paling sesuai menggambarkan foto terbaharu yabg dimuat naik pelawak terkenal Shuib yang memaparkan dia mendukung anak bongsu bersama Allahyarham Siti Sarah, Ayash Affan ketika perjalanan pulang ke rumah hari ini.

Foto yang mengundang rasa sebak netizen itu dikongsi Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dalam satu hantaran InstaStorynya sebentar tadi.

Menerusi foto tersebut, pemilik jenama minuman popular, BubbleBee itu mendukung Ayash selepas dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga tetapi hari ini pulang berdua.

“Insya-Allah, Alah SWT maha mengetahui segala-galanya. Uwais, Talita dan Martin, Daddy sudah dalam perjalanan pulang,” katanya.

Shuib bagaimanapun masih belum berkongsi foto wajah anak bongsunya itu.

Hari ini, Kosmo! melaporkan Ayash akhirnya dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Lebih manis, berita tersebut diterimanya sehari sebelum hari ulang tahun arwah Siti Sarah yang ke-37 esok.

Terdahulu, Shuib berkongsi berita gembira apabila dibenarkan berjumpa Ayash selaam tiga jam selepas sebulan bayi itu dilahirkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

Kosmo! pada 25 Ogos lalu melaporkan Shuib memberitahu Ayash yang lahir pramatang pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkubator di HCTM UKM dan dijangka dibenarkan dibawa pulang pada bulan ini.

Selain itu, Ayash juga telah diberi susu badan oleh ibu susuannya iaitu sepupu Shuib.

Ayash dilahirkan secara pembedahan tiga hari sebelum Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu akibat Covid-19.

Shuib dan Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Pasangan itu dikuniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. – K! ONLINE

POPULAR