fbpx

Seludup 5.56 tan ketum dalam tangki lori simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas selepas polis menahan sebuah lori tangki simen di SJR Chetok, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Taktik licik dua lelaki menyembunyikan daun ketum seberat 5.56 tan di dalam tangki sebuah lori simen untuk diseludup ke negara jiran terbongkar selepas ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Chetok di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, rampasan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan itu pada pukul 1 pagi tadi.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan bagi mematahkan usaha menyeludup daun-daun ketum itu melalui negeri ini.

“Lori itu ditahan pada pukul 3.15 pagi semasa melalui SJR Chetok. Pemeriksaan di bahagian lori tangki simen menjumpai bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum.

“Pemeriksaan mendapati, bahagian tangki kenderaan itu dipenuhi 566 bungkusan daun ketum yang setiap satunya seberat 10 kilogram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Menurut Shafien, siasatan awal mendapati, nilai rampasan daun ketum itu dianggarkan hampir RM200,000.

Polis menahan pemandu lori berusia 35 tahun dan kelindan berusia 45 tahun bagi membantu siasatan.

Difahamkan, dua suspek itu menerima upah RM3,000 bagi perjalanan satu hala membawa barang terlarang itu dari Kedah ke Kelantan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI