fbpx

UMT hasil MLP Pemuliharaan Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu program sukarelawan pemuliharaan penyu yang pernah dianjurkan UMT.

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif menghasilkan modul latihan pengurusan (MLP) Pemuliharaan Penyu untuk diguna pakai di semua pusat konservasi dan santuari haiwan reptilia itu di seluruh negara.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, MLP berkenaaan mengandungi piawaian pengurusan pendaratan dan persarangan penyu di negara ini.

“UMT berkongsi kepakaran dalam bidang konservasi penyu menerusi MLP terbabit yang diharap dapat dijadikan rujukan untuk semua pengendali pusat konservasi dan santuari penyu serta agensi pelancongan di seluruh negara.

“MLP itu juga disasarkan meningkatkan lagi kefahaman awam terhadap haiwan reptilia yang diancam kepupusan tersebut,”
katanya ketika melancarkan modul berkenaan secara online di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI