fbpx

[VIDEO] Netizen marah aksi lagak ngeri penunggang basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi berbahaya yang dilakukan dua individu yang berbasikal terbabit.

PETALING JAYA – Dua individu berbasikal melakukan aksi lagak ngeri yang boleh membahayakan nyawa mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi satu video berdurasi 25 saat yang dikongsi Brainless Driver Malaysia Edition di Facebook memaparkan dua individu berbasikal ‘mencucuk’ angin sebuah lori dengan mengekori rapat kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kedua-dua individu berkenaan.

“Kalau jatuh memang melecet badan, dengan baju dan seluar nipis, apa yang mereka harapkan untuk melindungi diri, helmet pun kecil saiznya langsung tidak selamat digunakan di atas jalan raya yang ada kenderaan lain,” kata Faris Hakimi.

“Yang menunggang motosikal pun tidak ikut belakang lori, inikan pula kamu yang berbasikal,” kata Fadzli Ghafar.

Sementara itu, Ah Bui menjelaskan mereka yang berbasikal sukar untuk menerima teguran dan menganggap jalan raya adalah ‘milik’ mereka.

“Geng ini mana boleh ditegur, jalan raya mereka punya. Nanti dah kena langgar baru ada akal. Yang ‘backup’ (sokong) geng ini pun boleh tahan,” tulisnya di Facebook. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI