fbpx

Lega jenazah anak dikebumi selepas dua bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid bersama isterinya, Kamaliah menunjukkan gambar Allahyarham Mohd. Shahril di rumah mereka di Kampung Kuala Pai, Nerang baru-baru ini.

KUALA NERANG – Sepasang suami isteri bersyukur apabila jenazah anak lelaki mereka yang ditemui lemas di Sungai Kuala Pai di sini pada 27 Julai lalu akhirnya dapat dibawa pulang dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dekat sini untuk dikebumikan.

Menurut Hamid Yaakob, 61, dia dan isteri, Kamaliah Ali, 54, lega sebaik sahaja dimaklumkan pihak polis kira-kira pukul 9 pagi tadi bahawa jenazah anak mereka, Mohd. Shahril, 31, sudah boleh dibawa pulang untuk proses pengebumian.

“Polis daerah Padang Terap yang menguruskan kes ini menghubungi saya pada pagi tadi memaklumkan keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) sudah dapat dan kami dibenarkan bawa pulang jenazah hari ini.

Berita berkaitan: ‘Hampir 2 bulan jasad belum dikebumi’

“Saya bersyukur kerana akhirnya jenazah anak boleh dikebumikan setelah sekian lama menunggu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, keputusan DNA telah mengesahkan mayat tersebut adalah anaknya selain pengecaman kali terakhir juga dilakukan bersama pihak polis di Jabatan Forensik HSB.

“Saya jangkakan urusan di hospital siap sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang sebelum jenazah dibawa pulang ke rumah dahulu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pai,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI