fbpx

124,000 Orang Asli sudah lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN Mohamad (tengah) sedang membantu mengangkat dos vaksin CanSino untuk dibawa dengan helikopter ke tiga buah penempatan Orang Asli Hulu Jelai di Kuala Lipis, hari ini.

JERANTUT – Kira-kira 124,000 masyarakat Orang Asli iaitu 83 peratus Orang Asli di Semenanjung telah menerima dos lengkap vaksin sejak Program Outreach Vaksinasi Orang Asli mula dilaksanakan awal tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Abdul Rahman berkata, hampir seramai 90,000 orang penduduk Orang Asli lagi masih menunggu untuk divaksinasi dan yakin mencapai 100 peratus kaum minoriti itu menerima dos lengkap pada penghujung bulan Oktober ini.

“Program Outreach Vaksinasi Orang Asli pada awal pelaksanaannya agak perlahan tetapi sejak bulan Julai lalu bilangan Orang Asli divaksinasi semakin bertambah menyaksikan 83 peratus masyarakat Orang Asli di Semenanjung telah lengkap vaksin.

“Usaha ini bertepatan dan selari dengan hasrat Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya penduduk Orang Asli mencapai imuniti kelompok iaitu sebanyak 100 peratus di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya selepas melancarkan Program Outreach Vaksinasi Orang Asli di sini hari ini.

Pada program itu sebanyak 1,600 dos vaksin jenis CanSino dihantar ke pedalaman Hulu Jelai di sini untuk program vaksinasi melibatkan masyarakat Orang Asli.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, kira-kira 215,000 masyarakat Orang Asli di Semenanjung akan lengkap menerima vakson pada akhir Oktober ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI