fbpx

1.5 juta benih udang galah dilepaskan di Sungai Timun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota, Datuk Dr Awaludin Said melepaskan benih anak ikan Baung, dan Lampam ketika hadir Program Sepakat Komuniti di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun, hari ini. - MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

REMBAU – Sebanyak 1.5 juta benih udang dilepaskan di Sungai Timun, di sini, dalam tempoh dua tahun bagi membantu nelayan menambah pendapatan.

Ketua Daerah Perikanan Rembau Tampin, Md. Johari A. Latif berkata, selain itu sebanyak 200,000 benih pelbagai spesies ikan antaranya baung dan lampam sungai turut dilepaskan di sungai berkenaan dalam tempoh yang sama.

Menurutnya, langkah berkenaan adalah bagi menambahkan sumber udang galah dan juga perikanan di lokasi yang telah dikenalpasti merupakan habitatnya.

“Ikutkan di Sungai Timun ini terdapat tujuh nelayan laut yang berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri, manakala, terdapat lebih 30 individu lagi yang menjadi nelayan sambilan.

“Jika sebelum pendemik Covid-19, rata-rata nelayan mampu mencatatkan pendapatan sekitar RM900 hingga RM1,200 melalui hasil perikanan dan udang galah di sini,” katanya dalam Program Merdeka di Jeti Pengkalan Nelayan Sungai Timun hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI