fbpx

Orang Asli Bateq penerima pertama vaksin CanSino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran (tiga dari kanan) melihat seorang penduduk Orang Asli menerima suntikan vaksin di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Penantian 205 Orang Asli di Pos Lebir di sini untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 berakhir apabila menjadi kumpulan pertama menerima dos tunggal vaksin CanSino di negeri ini bermula semalam.

Masyarakat suku kaum Bateq itu merupakan penerima terawal bagi merancakkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan pedalaman.

Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Krai, Dr. Hazura Mat Zubir berkata, dianggarkan sebanyak 8,000 dos vaksin jenis CanSino akan diberikan kepada Orang Asli pedalaman negeri ini terutamanya di Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

Katanya, program suntikan vaksin untuk kaum Bateq itu dikendalikan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi di sini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI