fbpx

Zulfahmi ‘ketuk pintu’ setiap pasukan MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAM merupakan seorang pelumba Malaysia yang mempunyai potensi besar untuk bersaing pada MotoGP dalam kelas Moto2 musim depan.

PENGURUS pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin mendedahkan dia tidak berputus asa untuk membantu dua pelumbanya iaitu Adam Norrodin dan Syarifuddin Azman beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan.

Tegasnya, peluang pelumba negara untuk beraksi di kancah kelas Moto2 mahupun Moto3 belum tutup sepenuhnya meskipun 90 peratus tempat sudah diisi baik dalam saingan Moto2 dan Moto3.

Bagaimanapun, Zulfahmi menjelaskan, keputusan akhir sama ada Adam atau Syarifuddin diberi peluang ke MotoGP akan diputuskan sendiri oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Secara jujurnya ketika saya di Silverstone ketika Grand Prix (GP) Britain, saya telah ‘mengetuk pintu’ semua pasukan tetapi 90 peratus telah diisi oleh pelumba mereka.

“Jadi ada sesetengah tempat yang masih boleh dirunding dan mereka mahu jawapan secepat yang mungkin. Sekarang terpulang kepada SIC kerana saya sudah melakukan tugas saya iaitu melakukan perbincangan.

“Namun saya rasa, kita juga kena melihat prestasi pelumba kita. Saya fikir, kita kena lihat semula adakah berbaloi untuk menghantar Adam ke Kejuaraan Dunia semula, adakah berbaloi Damok (Syarifuddin) ke Kejua­raan Dunia tahun depan, adakah ia terlalu awal.

“Saya akan melakukan perbincangan dengan SIC dan menganalisis data keputusan mereka. Bagi saya, memang saya mahu pelumba Malaysia daripada SIC Racing ini bersainga pada ­MotoGP iaitu Adam dan Damok.

“Walaupun mungkin kita tidak mempunyai kesempatan untuk menghantar kedua-duanya, mungkin saya harap ada satu tempat untuk Damok.

Dalam pada itu, Zulfahmi turut menegaskan dia akan cuba mendapatkan bantuan dari­pada prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dengan menggunakan pengalamannya membantu dua pelumba muda negara itu.

“Saya akan minta bantuan dengan Datuk Razlan juga supaya beliau dapat melakukan perbincang dengan Dorna. Saya rasa dengan pengalamannya dan kukuh untuk terus berbincang dengan Dorna.

“Saya lihat masih ada peluang untuk berusaha kerana senarai akhir pelumba-pelumba 2022 masih diputuskan secara rasmi.

“Mungkin ada peluang buat pelumba kita ke MotoGP nanti. Saya telah melakukan perbin­cangan dengan beberapa pasukan dan kita akan ketahui keputusan akhir dua atau tiga minggu nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI