PENDANG – Sepasang suami isteri sedih apabila anak mereka, Muhammad Ammar Mohd Suhaimi, 7, yang menghidap penyakit kanser saraf tahap empat hanya tinggal enam bulan lagi untuk hidup.
Menurut Farawahida Md. Ishak, 37, dia dan suami, Mohd. Suhaimi Zakaria, 43, dimaklumkan doktor tentang perkara itu selepas anaknya menjalani kemoterapi pada Julai lalu.
“Saya dan suami tidak akan berputus asa untuk terus berikhtiar merawat Ammar walaupun doktor memaklumkan hayatnya tidak lama.
“Kami berharap dan sentiasa berdoa apa yang dinyatakan oleh doktor itu sebagai ramalan sahaja. Semua yang hidup atau mati itu adalah hak Allah dan kita perlu berusaha,” katanya.
Kata Farawahida, penyakit anaknya itu mula dikesan pada tahun lalu selepas sering demam dan sakit kaki. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














