fbpx

PGA rampas rokok tidak bercukai bernilai RM1,324,592

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen : Sebanyak 107 kotak rokok berjaya dirampas PGA Cheras dalam satu serbuan di sebuah rumah sekitar Salak South Baru. - FOTO IHSAN PGA CHERAS

KUALA LUMPUR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras berjaya merampas 107 kotak rokok pelbagai jenama dan sebuah kereta bernilai RM1,324,592 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Salak South Baru di sini semalam.

Komander Bridged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, serbuan telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan Risik Briged Tengah PGA Cheras pada pukul 4.15 petang.

“Serbuan tersebut telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun dan merampas 107 kotak rokok pelbagai jenama serta sebuah kereta yang disyaki digunakan dalam menjalankan aktiviti pengedaran dan penjualan rokok tidak bercukai.

“Jumlah keseluruhan rampasan rokok disyaki tidak bercukai adalah sebanyak 6000 karton atau 1,106,400 batang rokok manakala jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM1,324,592,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, serbuan tersebut telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dan penjualan rokok tidak bercukai di sekitar kawasan Lembah Klang yang menjadikan kediaman yang disewa dalam kawasan perumahan sebagai stor penyimpanan dan pengedaran rokok.

“Polis menyeru masyarakat agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup apa-apa barang larangan berlawanan dengan sesuatu larangan di bawah seksyen itu,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI