fbpx

Penyelewengan ajaran PMYT disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kiri) menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Pandu Lalu di Pejabat Pusat Khidmat ADUN di Kampung Landak, Pengkalan Chepa hari ini. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam usaha untuk mengenal pasti status penyelewengan ajaran didakwa bertentangan dengan Islam iaitu Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perbincangan itu akan dilakukan dengan segera dalam usaha untuk mengelakkan kekeliruan ajaran PMYT yang dipercayai dibawa oleh seorang wanita dikenali sebagai Sittah Annur kepada umat Islam di negara ini.

Menurutnya, Jabatan Kemajuan Agama Islam telah sedia maklum mengenai ajaran itu dan telah menyerahkan isu itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan perlu dijalankan dengan memanggil pihak terlibat dalam usaha memperkukuhkan akidah umat Islam agar ia sahih dan bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ajaran seperti ini wujud tidak kira tempat dan zaman, namun penyelewengannya diolah mengikut cara tertentu.

“Kini, perkara ini sudah akan mendapat makluman daripada semua pihak. Berdasarkan laporan dan penelitian kandungan ajaran itu, kita sudah tahu ia akan mempengaruhi ramai pihak sama seperti ajaran Ayah Pin dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Pandu Lalu di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI