fbpx

Bergenang air mata lihat Liek Hou – Chong Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liek Hou memeluk Rashid selepas memenangi emas kedua negara hari ini.

PETALING JAYA – Legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei bergenang air mata apabila atlet badminton paralimpik, Cheah Liek Hou memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Beliau di laman Facebook mengakui berdebar menyaksikan perlawanan akhir antara Cheah dan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.

“Bergenang air mata saya apabila Cheah memenangi mata kemenangan dan terus berpeluk bersama Rashid (Datuk Rashid Sidek).

“Tahniah juga kepada Bonnie Bunyau Gustin, Chew Wei Lun dan Jong Yee Khie kerana mengharumkan nama Malaysia! Sangat sangat thank you (terima kasih)!,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Chong Wei turut mengucapkan syabas kepada semua atlet paralimpik negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI