fbpx

Harta milik UMNO, entiti lain gagal dilucut hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan gagal melucut hak harta milik UMNO mencecah RM193 juta dan wang bernilai jutaan ringgit kepunyaan tujuh entiti lain selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan pendakwa raya.

Tujuh pihak itu ialah dua entiti politik iaitu Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Wanita MCA serta lima entiti perniagaan iaitu Perano Sdn. Bhd., K&Z Enterprise Sdn. Bhd.,  Binsabi Sdn Bhd., Habib Jewels Sdn. Bhd. dan Hattatex Trading.

Pendakwaan turut gagal melucut hak harta RM2,479,300.18 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Pahang selepas membenarkan rayuan entiti politik itu.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Abu Bakar Jais secara dalam talian.

Ini bermakna, harta sembilan entiti tersebut yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), gagal dilucut hak oleh kerajaan.

Hakim Hadhariah ketika membacakan keputusan itu menyatakan, kesemua responden tidak menafikan menerima wang yang disalurkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ke dalam akaun masing-masing dan melalui cek.

Dalam rayuan melibatkan Badan Perhubungan UMNO Pahang, mahkamah berpuas hati bahawa wang yang diterima daripada bekas Perdana Menteri itu kesemuanya telah dibelanjakan dan wang yang dimohon untuk dilucut hak itu adalah daripada sumber-sumber lain yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

Ujar hakim itu, entiti perniagaan pula menyatakan, mereka tidak mempunyai pengetahuan berkaitan wang yang disalurkan oleh Najib maka tiada alasan untuk mengesyaki ia hasil daripada aktiviti haram kerana wang yang diterima itu sebagai bayaran kepada perkhidmatan yang ditawarkan kepada beliau.

Menurut Hakim Hadhariah, isu yang dibangkitkan oleh pihak pendakwaan ialah wang yang diterima daripada Najib adalah hasil aktiviti haram.

Namun demikian, pihak pendakwaan terlebih dahulu perlu membuktikan di bawah imbangan kebarangkalian bahawa bekas Perdana Menteri telah melakukan kesalahan predikat berkaitan aktiviti haram. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI