fbpx

[KEMASKINI] Pingat emas Ziyad ‘dirompak’ Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIYAD

PETALING JAYA – Pingat emas Malaysia milik atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 didakwa telah dibatalkan atas masalah teknikal.

Difahamkan, delegasi Ukraine telah membuat protes kepada pihak penganjur kerana mendakwa Ziyad lambat memasuki callroom dan meminta agar membatalkan kemenangannya sejurus berakhir aksi final acara lontar peluru F20 di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Ia sekali gus menyaksikan kemenangan Ziyad dengan catatan rekod dunia baharu menerusi lontaran sejauh 17.94 meter (m) dibatalkan serta merta dan ia turut tertera perkataan ‘DNS’ (Did not start) dalam laman web rasmi Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Bagaimanapun, wakil kontinjen negara juga dipercayai telah membuat bantahan semula terhadap pembatalan itu.

Bukan sahaja Ziyad, dua lagi atlet lain iaitu Todd Hodgetts (Australia) dan Congo Villalba Jordi Patricio (Ecuador) turut dibatalkan penyertaan mereka.

Jika mengikut kepada keputusan rasmi baharu di laman web berkenaan, pingat emas menjadi milik atlet Ukraine, Maksym Koval dengan catatan 17.34m, manakala perak dimenangi rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi (17.30m).

Pingat gangsa pula diberikan kepada atlet Greece, Efstratios Nikolaidis yang sebelum ini mengakhiri keputusan di tempat keempat berdasarkan keputusan awal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI