fbpx

463 kawasan mengalami gangguan bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA LUAS sedang memeriksa bau yang diperoleh dari pensampelan.

SHAH ALAM – Ribuan pengguna melibatkan 463 kawasan di lima buah daerah dijangka mengalami gangguan bekalan air hari ini.

Gangguan air tidak berjadual itu susulan pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir pada jam 11.10 pagi tadi yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, daerah Sepang menjadi lokasi paling teruk terjejas dengan melibatkan 194 kawasan terjejas.

“Daerah lain yang turut terjejas bekalan adalah Petaling iaitu sebanyak 172 kawasan diikuti Hulu Langat (54).

“Manakala, daerah Putrajaya dan Kuala Langat pula masing-masing melibatkan 23 serta 20 kawasan terjejas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian memaklumkan punca sebenar pencemaran yang menyebabkan henti tugas LRA itu belum dikenalpasti setakat ini.

Katanya, siasatan awal pensampelan bau dijalankan di kawasan Jambatan 1.5 Intake Jenderam Hulu dan Intake Sungai Semenyih mendapati tiada sebarang bau dikesan (0 Ton).

“Siasatan pensampelan di Sungai Semenyih dan Sungai Rinching juga didapati tiada sebarang bau,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI