fbpx

Penjawat awam antara 13 berparti liar dalam pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 13 individu termasuk seorang penjawat awam ditahan selepas disyaku terlibat dalam parti liar di sebuah pangsapuri di Medini, Iskandar Puteri, Johor, semalam. Foto IHSAN PDRM

ISKANDAR PUTERI – Seorang penjawat awam dikesan menikmati hiburan bersama 13 individu dalam ‘private party’ di sebuah unit Pangsapuri Medini, di sini semalam.

Bagaimanapun keseronokan mereka terbantut apabila parti yang diadakan itu dapat dihidu sepasukan polis sebelum diserbu polis kira-kira pukul 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, susulan serbuan itu, polis menahan seramai 10 orang lelaki dan tiga wanita yang berusia lingkungan 17 hingga 27 tahun.

Menurutnya, berdasarkan hasil risikan, ‘private party’ ini dilanjutkan bermula kira-kira 9 malam, Sabtu lalu hingga lewat pagi keesokkan harinya.

“Penganjur parti liar itu menghantar jemputan kepada individu berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap mereka.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati sembilan lelaki dan dua perempuan positif dadah jenis methamphetamine. Bagaimanapun tiada dadah ditemui di pangsapuri itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan telah melakukan kesalahan dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Pelan Pemulihan Negara (PPN 2021).

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah set pembesar suara dan alat pemancar cahaya.

Dzulkhairi berkata, hasil semakan mendapati dua daripada kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod orang dikehendaki bagi kesalahan berkaitan dadah.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI